assalamualaikum.....,Sengaja saya mengambil tajuk ini untuk dikonsikan kepada pembaca blog semua.Bukan meniru tajuk lagu yang dipopularkan oleh kumpulan unggu, tapi ingin merungkai makna yang cukup mendalam dan banyak yang tersirat dalam isi tajuk itu.. kekadang kita rasa hidup di muka bumi tuhan ini penuh dengan rasa bersyukur,tetapi kekadang juga kita susah melafazkan kesyukuran itu kan.Sedih melihat orang yang kurang bernasib baik daripada kita ditimpa bencana yang tidak tertanggung oleh akal dan fikiran.cuba kita amati ramai orang yang menderita di luar sana. Ada yang diuji dengan pelbagai bentuk ujian kemiskinan, bencana alam, ujian sakit, ujian kesenangan, dan lain lain lagi.segala bentuk ujian ini diturunkan kepada kita untuk menilai tahap kesabaran kita terhadapnya.
(gambar menunjukan bentuk ujian bencana alam yang yang tidak diduga oleh manusia)
(ujian dalam bentuk kemiskinan )
(ujian sakit)
Semua bentuk ujian yang diberikan oleh kita ini adalah untuk menilai segala bersyukurnya kita ini diberi segala anugerah yang ada untuk digunakan dalam bentuk pekara yang berfaedah.setiap ujian yang diberikan adalah untuk bersifat sementara waktu sahaja.semoga kita tergolong kedalam orang orang yang bersabar di dalam menempuhi ujian ini .